Friday, March 2, 2007

music corps suck!!

loque of butterfingers recently is in the papers again. this time is about the songs trancendence & epitome being 'ciplak' by their own label distributor (EMI) and the songs are now in Ella's new album.. come on la people, everyday you guys from the music conglomerate fighting on people downloading free mp3's over the internet. saying people who downloads mp3 are ripping off musicians money and are a disgrace to the community..well buddy, what you guys over in EMI are doing is exactly the same. STOOPID. no wonder some underground bands still want to stay put as indies... (carburetor is still an indie band). Below is the news i got it from Harian Metro.. EMI, watch your back buddy. Butterfans are the best fans ever in Malaysia. Our band of brothers are strong.. Just watch the previous sold out and packed giler gigs for the past few years.. Don't mess with butterfingers.. it'll get ugly.

‘Itu lagu saya’
Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my

Loque pertikai tindakan EMI guna ciptaannya tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR: “EMI memang mempunyai hak terhadap penerbitan Epitome yang dirakamkan dalam album Tracendence pada 1999 dan terpulanglah pada mereka bagaimana cara yang digunakan untuk mengeksploitasikan lagu itu.
“Namun, EMI tidak mempunyai hak menggunakan lagu itu sesuka hati tanpa kebenaran saya sebagai komposer asal. Lagipun, saya pemegang hak milik asli lagu itu,” luah Loque dengan nada kecewa.
Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar, 30, meluahkan kekecewaan itu berikutan tindakan syarikat rakaman EMI Music Malaysia merakamkan semula lagu yang dipopularkan Butterfingers itu dalam album baru Ella berjudul Rama-Rama tanpa berbincang atau mendapatkan hak kebenaran daripadanya.
Lebih mengecewakan apabila EMI tidak memaklumkan bahawa Epitome dirakamkan semula menggunakan judul Sekilas Cinta bersama lirik baru hasil ciptaan Loloq dalam bahasa Melayu.
Malah, pemain gitar utama kumpulan Butterfingers itu turut menyelar sikap EMI yang memandang ringan perkara itu seolah-olah artis dan band rock tempatan seperti mereka tidak tahu apa-apa mengenai perkara yang berkaitan dengan harta intelek mahu pun isu hak cipta.
Dia yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Kolej Berkeley, Boston, Amerika Syarikat meluahkan kekecewaan itu menerusi e-mel yang dihantar kepada Harian Metro.
“Saya terkejut sekali dimaklumkan perkara ini selepas Harian Metro memaparkan isu mengenai persamaan Sekilas Cinta dan Epitome.
“Saya turut mengambil inisiatif mendengar lagu (Sekilas Cinta) itu sendiri yang saya peroleh secara muat turun di Internet.
“Ternyata dakwaan EMI yang mengatakan susunan muzik itu diubah lebih daripada 50 peratus tidak benar sama sekali.
“Sesiapa pun yang mendengar Epitome dan Sekilas Cinta, pasti akan dapat mengesan bahawa lagu itu memang tidak jauh bezanya.
“Susunan muziknya sama, melodinya tidak berubah, gitar `line’ juga sama kecuali ada beberapa penambah baik yang dilakukan serba sedikit dalam lagu itu. Yang betul-betul diubah hanyalah liriknya,” katanya.
Menurut Loque lagi, dia juga tidak mengenali siapakah Hilman yang turut disertakan sebagai seorang komposer bagi lagu Sekilas Cinta itu selain dirinya sendiri sebagai pencipta asal lagu itu.
“Saya sendiri tidak tahu apakah gubahan semula yang dilakukannya ke atas lagu Sekilas Cinta itu.
“Kalau hanya setakat pada bunyi gamelan dilakukan secara `programming’ dan ditambah dua tiga lagi irama, bagi saya itu hanyalah sekadar satu improvisasi.
“Saya rasa ramai yang setuju dengan kenyataan saya ini. Lainlah kalau lagu itu dijadikan bossanova, keroncong, reggae mahu pun Melayu Deli, barulah ia dinamakan gubahan semula.
“Oleh itu, kewujudan Hilman itu saya anggap seolah-olah cuba menumpang nama saya. Ibarat kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama,” katanya.
Sungguhpun begitu, kata Loque, beliau tidak mahu menyalahkan Hilman, Loloq mahu pun Ella sendiri yang turut terbabit secara tidak langsung dengan rakaman semula lagu itu.
“Hakikatnya, saya meletakkan kesalahan ini ke atas EMI kerana saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Syarikat penerbitan saya juga tidak pernah memaklumkan perkara itu kepada saya.
“Namun, saya akui bahawa seorang rakan yang bertugas di belakang tabir industri muzik pernah memberitahu saya mengenai perkara ini.
“Waktu itu, pihak EMI sedang dalam usaha untuk menyiapkan rakaman lagu Epitome yang ditukar kepada Sekilas Cinta itu.
“Ketika kembali ke tanah air pada cuti musim sejuk tidak lama dulu, saya ada terserempak wakil pihak EMI di Studio King, namun, dia tidak langsung menyuarakan sepatah kata mengenai isu penggunaan semula lagu terbabit.
“Persoalannya, di manakah profesionalisme mereka sebagai syarikat rakaman antarabangsa dan antara pemain utama dalam industri muzik Malaysia?
“Adakah ini etika pekerja syarikat rakaman antarabangsa yang sudah lama membina nama di seluruh dunia?” katanya.
Loque juga bertegas, dia dan pihak Butterfingers tidak akan berdiam diri terhadap perkara yang mencemarkan hak mereka itu.
“Cuma sekarang kami sedang mengkaji mengenai langkah yang perlu diambil untuk menangani permasalahan. Jika perlu, kami akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

No comments: